Telegram Download

Telegram Download

By: Admintp

Download


Komunikasi adalah elemen yang sangat penting bagi setiap individu untuk terus hidup. Tiada manusia yang mampu hidup tanpa komunikasi. Orang bisu dan tidak boleh bercakap juga memerlukan mereka untuk berkomunikasi dengan cara-cara yang tertentu.

Namun sejak dua menjak ini, komunikasi di alam maya telah menjadi sangat penting sehinggakan ke mana sahaja yang kita pergi, pasti kita akan nampak sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akan memakai telefon pintar yang boleh berkomunikasi melalui alam maya.

Mereka berkomunikasi melalui internet dengan sebab untuk jimat kos dan jimat masa. Berbanding dengan jika mereka bersembang melalui panggilan telefon biasa, caj yang akan dikenakan agak tinggi dan kredit mereka akan cepat habis.

Setiap mesej yang dihantar juga akan dikenakan caj jika menggunakan fungsi mesej biasa di dalam setiap telefon. Tetapi jika mereka menggunakan teks mesej melalui internet, mereka hanya perlu membayar caj data atau wifi yang mereka langgan.

 

Download Telegram

Download Telegram

Terdapat juga syarikat telco yang memberi internet asas percua kepada pengguna telco mereka. Terbuktilah bahawa komunikasi melalui internet adalah sangat penting pada masa sekarang ini. Sehubungan dengan itu, maka saya perkenalkan kepada anda Telegram download di mana anda dapat berkomunikasi dengan rakan anda dengan cepat dan selamat.

Komunikasi yang Pantas dan Efisyen dengan Telegram Download

Jika anda suka kepada mesej segera dan tanpa gangguan, anda pasti menyukai Telegram for Android ini kerana ia dicipta dengan asas yang mampu menghantar mesej anda ke seluruh dunia dengan pantas. Ia juga tidak terhad kepada teks mesej sahaja.

Anda boleh menghantar media seperti gambar, lagu dan fail. Tidak kira sebesar mana saiz fail anda, atau sebanyak mana gambar yang anda ingin hantar, ia sama sekali tidak akan menjejaskan kelajuan anda bermesej. Selain itu, sejarah chat anda akan disimpan di simpanan Telegram selama mana anda tidak membuangnya.

 

Telegram Apk

Telegram Apk

Ini bermakna, segala gambar atau lagu yang dihantar di Telegram download tidak sama akan menjejaskan ruangan dalaman telefon anda. Selain itu, anda boleh menggunakan akaun Telegram ini daripada semua peranti yang anda ada. Contohnya, jika anda mempunyai tablet, telefon pintar dan komputer riba, anda boleh gunakan Telegram ini di ketiga-tiga peranti tersebut.

Hebat, bukan? Yang menariknya ialah anda boleh samakan (synchronized) aplikasi ini di kesemua peranti yang anda ada. Anda boleh memulakan chat di telefon pintar anda, dan menyambung perbualan itu di tablet anda dan habiskan chat tersebut di komputer riba anda. Tetapi hati-hati dengan penceroboh yang akan sentiasa mencuba untuk baca chat anda.

Perbualan yang Selamat dengan Telegram for Android

Dengan Telegram, terdapat Chat Rahsia (Secret Chat) di mana perbualan mesej anda tidak akan didedahkan ke pihak ketiga. Ia boleh diprogram untuk hapus sendiri (self-destruct).

Dengan kelebihan ini, fail-fail yang anda hantar akan hilang secara automatik jika anda ingin mereka hilang. Mesej yang anda hantar hanya akan dibaca oleh penerima yang anda kehendaki sahaja.

 

Telegram Apk

Telegram Apk

Bukan itu sahaja kelebihan Telegram ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Telegram App sekarang juga!

Tags:

telegram messenger; telegram download; telegram app 20177; telegram update;
telegram apk; telegram windows phone; telegram sms

Free

APK file

Download



Instagram Download

Instagram Download

Dasawarsa ini, sudah tentu ramai yang mengetahui bahawa kamera adalah

MoboMarket Download

MoboMarket Download

Semakin hari, semakin banyak teknologi dicipta. Seiring dengan itu, semakin

Youtube Download

Youtube Download

Dalam era yang serba moden ini, aktiviti menviralkan video sudah

SNOW Download

SNOW Download

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, manusia juga mengalami

CM Security Antivirus AppLock Download

CM Security Antivirus AppLock Download

Dengan penciptaan teknologi yang semakin hari semakin canggih ini, semakin

Apps
Download Game